PENGENALAN

APA ITU MAS COTEK?
Mas Cotek atau nama botaninya ‘Ficus Deltoidea’, adalah sejenis tumbuhan yang meliar dan menumpang di atas pokok yang lain.
Nama tumbuhan ini juga juga berbeza bagi sesetengah daerah, negeri ataupun Negara lain. Contohnya di Sabah dan Sarawak ia dikenali dengan nama Sempit-sempit, Tabat Barito bagi masyarakat Indonesia

Melalui pendapat dan pandangan masyarakat dikatakan Mas Cotek terdiri dari pokok jantan dan betina yang boleh dikenali melalui bentuk daun dan bijinya. Manakala, dari segi saintifiknya Mas Cotek terbahagi kepada beratus-ratus spesis.

KHASIAT & KEGUNAANNYA
Daunnya berwarna keemasan dan di belakang daunnya terdapat tahi lalat hitam di setiap pertemuan urat di mana ia memberikan pelbagai khasiat kepada manusia. Ia juga mengandungi bahan flavonoid dan triterpenoid yang bertindak sebagai anti-oksidant dan anti-inflamatori. Di samping itu, dipercayai rebusan daun mas cotek juga mampu memecah lemak serta membuang kolestrol berlebihan dalam saluran darah dan menghindari pengamal dari sakit kepala, migrain dan angin ahmar.

Air rebusan daun, batang, akar dan buah mas cotek digunakan secara tradisional bagi melegakan sakit pinggang, mengurangkan keletihan dan yang paling utama ialah ia mampu meningkatkan keinginan seks bagi pasangan suami isteri kerana ianya mujarab untuk awet muda dan memulihkan dara. Ia juga dipercayai dapat bertindak balas terhadap rangsangan hormon lelaki untuk meningkatkan daya ketahanan. Daun mas cotek boleh dipetik dan dikunyah semasa segar.

Kebaikan produk ini ianya dapat membantu :

• Merendahkan kandungan kolesterol buruk dalam darah.
• Memperbaiki corak tidur.
• Memperbaiki peredaran darah.
• Menyingkirkan toksin dalam badan.
• Mencegah masalah kesihatan kronik.
• Memperbaiki sistem imunisasi.
• Mengurangkan dan melegakan kesakitan badan.
• Menstabilkan glukos darah.
• Mencegah kanser.
• Memperbaiki sistem penghadaman dan masalah sembelit.
• Memberi kesegaran dan kelihatan lebih bertenaga.
• Memperbaiki tekstur kulit.
• Melambatkan proses menapouse.
• Memulihkan sistem peranakan wanita lepas bersalin.
• Meredakan rasa loya.

BAGAIMANA DAUN KERING MAS COTEK DI PROSES?

1.Daun Mas Cotek di petik dari pokok
2.Kemudian di cuci dengan air bersih bagi membuang kotoran.
3.Setelah di cuci daun tadi di jemur di tempat terbuka di bawah sinaran matahari
4.Tiada sebarang bahan pengawet atau pewarna di gunakan.

 

ADVERTISE YOUR BLOGSHOP

CHIT CHAT!

TESTIMONI